Misi Bantuan Banjir: AMANAH Melaka & ARiF Cemerlang, Pusat Operasi Ditutup


Assalamualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi kerana hampir semua mangsa banjir di Melaka telah dibenarkan pulang kerumah masing masing selepas 5 hari pusat penempatan mangsa banjir dibuka dibeberapa kawasan di Melaka.

Selama 5 hari operasi bantuan banjir dilaksanakan, Parti Amanah Melaka dibawah unit Amal Relief (ARiF) telah berjaya membantu dan meringankan beban mereka dengan membantu membasuh dan mencuci rumah rumah yg dilanda banjir disekitar Taman Seri Bayu Alor Gajah, Kampung Beringin dan juga Kampung Belimbing dalam Durian Tunggal.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada pasukan sukarelawan ARiF Melaka yang bersemangat membantu mangsa banjir mengemas dan mencuci rumah mereka. Terima kasih jugak kpd pasukan ARiF Negeri 9, Johor dan Perak yang menghantar sukarelawan mereka bagi menyertai misi kali ini.

Tidak dilupakan juga kepada Angkatan Wanita Amanah (AWAN) yang bertungkus lumus menyediakan makan minum sukarelawan dan kit banjir utk diedarkan kpd mangsa mangsa banjir.

Juga kepada semua saf pimpinan Pusat yg diwakili oleh Naib Presiden, Dr. Hasan Baharom, Timbalan Ketua Pemuda saudara Faiz Fadzil dan saudara Hasnul, Pengarah Biro Kebajikan Dan Bencana Alam Pemuda Amanah yg sudi turun padang bersama dalam misi banjir kali ini. Kepada pimpinan negeri, Pemuda dan Awan disetiap peringkat negeri dan kawasan yg menyumbang tenaga atau wang ringgit serta idea juga tidak kami lupakan.

Dengan ini kami mengistiharkan bahawa Bilik Operasi Banjir ARiF negeri Melaka di Kelemak DITUTUP mulai jam 8 malam ini 10 Feb 2016.

Kepada semua para penyumbang, anda masih boleh menyumbang wang ringgit terus kepada akaun Amanah Melaka Maybank 5540 8054 6669 dan Tabung Bencana ini akan dibuka sehingga 15 Feb 2016.

Sekali lagi kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan dan pimpinan disemua peringkat yg sama sama menjayakan misi bantuan banjir kali ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Kepada semua mangsa banjir, kami mendoakan agar anda semua tabah menghadapi ujian Allah ini dan semoga rezeki anda sekeluarga akan dimurahkan oleh-Nya. Amin..

Sekian yang melaporkan,

ZAIRI SUBOH
Biro Kebajikan, Kemanusiaan & Bencana Alam
Parti Amanah Melaka
014-2305654


KENYATAAN MEDIA PENGARAH ARiF MELAKA

Saya selaku pengarah ARiF Melaka yg telah diamanahkan mewakili dari saf pimpinan parti AMANAH Melaka dan Biro Kebajikan, Kemanusian & Bencana Alam Parti Amanah melaka ini mengucapkan setingi tingi penghargaan dan kesyukuran ke hadeat Ilahi dan ekpada semua amilin-amilin ARiF

Tidak ketingalan juga pada pemuda Amanah Melaka.angkatan wanita Amanah melaka,soft2 pimpinan parti Amanah melaka dan Nasional, ahli-ahli parti Amanah Melaka dan NGO Myconcern yang membantu mangsa banjir di Alor gajah baru-baru ini.
Alhamdulillah Allah telah memilih kita salah seorang sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

Moga usaha kita yg sedikit ini mempermudahkan urusan org lain, Allah akan mempermudahkan urusan kita insyaAllah.

Dan kita berdoa moga Allah memberkati usaha kita yg tidak sebarapa ni untuk bekalan di akhirat kelak.

ARiF melaka sebagai ketua bilik oprasi dgn perbincangan Biro Kebajikan, Kemanusian & Bencana Alam parti AMANAH Melaka, Encik Zairi Subuh dengan ini mengisytiharkan penutupan bilik oprasi berkuat kuasa pada 10 feb 2016 pada jam 8:00mlm.

PEDULI SEDIA KHIDMAT

HAIRIL ANUAR
Pengarah ARiF Melaka.











Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment