AMANAH Melaka & ARiF Rayu Sumbangan Bantu Mangsa Banjir


Parti AMANAH Negara Negeri Melaka dan ARIF negeri Melaka hari ini melancarkan Tabung Bencana Banjir untuk membantu mangsa banjir serta menampung kos kerja-kerja pembersihan rumah mereka.

AMANAH dan ARIF Negeri Melaka telah membuka Pusat Operasi Bantuan Banjir di Kelemak, Alor Gajah dan kerja-kerja bantuan akan dimulakan sebaik saja hujan berhenti dan banjir surut.

Sumbangan tuan-puan boleh disalurkan ke akaun Maybank 5540 8054 6669 di atas nama Parti Amanah Negara Melaka dan maklumkan sumbangan tuan/puan kepada Bendahari Parti Amanah Negara Melaka, En Harun Muhammad, 019-6675521.

Sehubungan dengan itu juga AMANAH Melaka merayu sumbangan di dalam bentuk keperluan manakan / minuman air bersih bagi memabntu mangsa bencana banjir. Pihak ARiF (Amal Relief Malaysia) juga memerlukan tenaga kerja bagi mengendalikan operasi membantu pembersihan rumah-rumah mangsa banjir bherkenaan

Segala pertanyaan dan makluman mengenai sumbangan dan khidmat dan yang hendak dilakukan boleh diajukan kepada Zairi Suboh (014230 5654), Anwar (016-9811315) dan Puan Azizah (016 643 4395)


Semuga Allah melimpahkan rahmatNya dengan rezeki yang berterusan kepada sekalian para penyumbang.

Sejak pagi ini pimpinan AMANAH Negeri Melaka termasuk Pengerusinya Adly Zahari, Ketua AMANAH Alor Gajah, Ashraf Mukhlis, Ketua Biro Kebajikan Kemanusiaan dan Bencana Alam Amanah Melaka, Sdra Zairi Suboh dan Pengarah ARIF Melaka Khairul Anuar telah turun padang bersama-sama dengan petugas-petugas dari seluruh Melaka meninjau keadaan semasa dan membantu mangsa banjir.

Ahli-ahli AMANAH Melaka turut diminta agar dapat datang ke Pusat Operasi Banjir Kelemak bermula jam 3.00 ptg hari ini.




2,659 mangsa banjir di 13 pusat pemindahan di Melaka

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan banjir di Melaka semakin meningkat kepada 2,659 orang daripada 587 keluarga, sehingga 8 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu, 7 pusat penempatan banjir dibuka di Alor Gajah dan masing-masing 3 di Melaka Tengah dan Jasin.

"Jumlah mangsa banjir yang ditempat di pusat pemindahan di Alor Gajah adalah seramai 1,491 orang, pusat pemindahan di Melaka Tengah (1,078 orang) dan Jasin (90 orang)," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata bagi Alor Gajah, mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam adalah seramai 552 orang, Balai Raya Taman Seri Bayu (492 orang), Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan (328 orang), Sekolah Kebangsaaan Ganun (59 orang), Balai Raya Kampung Beringin (34 orang), Balai Raya Bukit Balai (18 orang) dan dan Balai Raya Bukit Tambun (8 orang).

Katanya bagi Melaka Tengah pula, seramai 875 orang ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah, Masjidul Rahman Tanah Merah Kerubong (118 orang), dan Sekolah Kebangsaan Kerubong (85 orang).

Effendy berkata seramai 62 mangsa pula ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh, Sekolah Kebangsaan Chohong (25 orang) dan Balai Raya Asahan (3 orang).

Beliau berkata JPAM dan beberapa pihak keselamatan termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat dan anggota tentera memberikan bantuan bagi memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan. – Bernama


Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment