Awasi Murid & Pastikan Lubang Kumbahan Ditutup Dengan Selamat - ARiF

Pengarah AMAL Relief (ARIF) Parti AMANAH Negara, Juhari Osman mengharapkan pihak sekolah sentiasa mengawasi murid mereka supaya kejadian kemalangan tidak berlaku di sekolah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang murid yang meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis di sebuah sekolah agama di Sungai Rambai Melaka Isnin lepas.

"Kita harap pihak sekolah lebih berhati-hati dalam mengawal kesalamatan pelajar. Ini kerana di kawasan sekolah murid-murid juga terdedah kepada kemalangan"

"Di samping itu pihak terbabit yang menjaga lubang kumbahan itu juga mestilah sentiasa memastikan lubang itu tertutup rapat dan tidak mudah terbuka. Malah penutupnya mestilah tahan dan tidak pecah jika ada orang yang naik ke atasnya" ujar Juhari.

Beliau berkata demikian pada lawatanya ke rumah bapa murid tersebut di Sungai Rambai semalam.

Pada lawatanyya Juhari yang mewakili ARIFmenyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam yang meninggal dunia akibat terjatuh dalam lubang kumbahan najis di kawasan Sekolah Rendah Agama JAIM Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai Isnin lalu.

Dalam lawatan tersebut Juhari bertemu dengan bapa Allahyarham iaitu Raja Mohamad Shahrunizam di rumah beliau bersama Ketua Pemuda Parti AMANAH Negara Negeri Melaka, Mohd Zulkhairi Abdul Aziz dan beberapa pimpinan AMANAH yang lain.

"Bagi pihak ARIF saya menyampaikan ucapan takziah dan mengharapkan keluarga beliau bersabar dengan ujian Allah yang berat ini." kata beliau.
Dalam kejadian Isnin lalu mangsa Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam yang merupakan murid Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam satu daripada empat lubang najis sedalam 3.7 meter ketika bermain bersama beberapa rakannya semasa waktu rehat kira-kira jam 4.45 petang.



Gambar : Juhari (tengah) menyampaikan ucapan takziah kepada bapa Raja Mohamad (baju merah) di rumahnya di Sungai Rambai semalam. Kanan: Ketua Pemuda AMANAH Melaka, Zulkhairi Aziz. Gambar kecil: Mangsa, Allahyarhamah Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam



Murid maut terjatuh dalam lubang kumbahan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mati lemas selepas terjatuh dalam lubang kumbahan najis di Sekolah Rendah Agama Jaim Parit Penghulu Benteng, Sungai Rambai di Jasin petang semalam.

Mangsa Raja Nur Najjwa Ariana Raja Mohamad Shahrunizam yang merupakan murid sekolah agama berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam satu daripada empat lubang najis sedalam 3.7 meter ketika bermain dengan beberapa rakannya pada waktu rehat kira-kira jam 4.45 petang.

"Mangsa terjatuh ke dalam salah satu lubang daripada empat kumbahan yang dihubungkan dalam satu tangki besar yang dipenuhi najis sedalam kira-kira 3.7 meter (12 kaki).

"Kita terpaksa menyedut keluar separuh daripada air kumbahan berkenaan sebelum mangsa ditemui kira-kira 5.30 petang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penguasa Bomba Masri Ibrahim.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital.
- Bernama






Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment