Amanah Wujud Untuk "Fastabiqul-Khairah" - Adly

"Kewujudan AMANAH adalah untuk kita melakukan "fastabiqul-khairah" (berlumba-lumba mengerjakan kebaikan)," demikian ditegaskan oleh Pengerusi AMANAH Negeri Melaka, Tn Hj Adly Zahari di dalam ucapan penangguhannya di Mesyuarat Penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Melaka.

Beliau menyatakan bahawa dengan berbekalkan tenaga sumber yang pelbagai latarbelakang dan kemahiran, AMANAH Melaka boleh muncul sebagai parti yang kukuh dan berkeupayaan untuk menghadapi pilihanraya umum yang ke 14 akan datang.

Beliau turut menegaskan bahawa konsep "mesyuwarah" yang diamalkan oleh kepimpinan AMANAH Melaka adalah dengan niat untuk mempastikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna.

Ia penting untuk parti  mempunyai barisan kepimpinan yang tersusun, kemas dan lebih muafakat.

Mesyuarat penubuhan AMANAH Melaka telah dipengerusikan secara sementara oleh Timbalan Setiausaha Agung AMANAH Nasional, Abang Ahmad Kardee bin Abang Masagus.

Seramai 17 orang ahli jawatankuasa telah dipilih di dalam mesyuarat berkenaan dengan Tn Hj Idris Mohd Tim terpilih sebagai Pengerusi Tetap dan Sdra Jaafar Ahmad sebagai timbalannya.

Mesyuarat jawatankuasa bagi AMANAH Melaka akan diadakan secepat mungkin bagi perlantikan ketua-ketua biro serta ahli-ahli jawatankuasa tambahan seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan parti.

Pendaftaran AMANAH Melaka kini sudah pun mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan dan kini boleh bergerak serta melakukan aktiviti dan program secara sah di negeri ini.  
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment