Pentingnya Pemimpin AMANAH Tahu ICT


Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Seseorang takkan terpilih sebagai tentera sehingga dia pandai menunggang kuda dan memanah. Jika dia tidak pandai dia perlu berlatih sehingga pandai.

Peperangan zaman ini adalah peperangan maklumat. Semua itu berada di layar komputer. Jika seseorang itu tidak pandai komputer, bagaimana dia ingin menyertai peperangan zaman ini. Sekarang, orang meletupkan bom pun menggunakan komputer.

Belajar komputer bukan sukar, anak-anak di tadika pun sudah boleh menguasainya. Jika Najib ada laman facebook, twitter dan blog, bolehkah pemimpin AMANAH, termasuk pemimpin kanan, ada yang masih ‘belum’ tahu untuk membuka Whatsapps dan Facebook?

Ada pemimpin yang beralasan begini, “Ini bukan dunia saya! Cukuplah orang-orang muda yang menguasainya, saya sudah tua!” Atau ada pula yang berkata, “Tak sempatlah nak belajar…!”

Kepada pemimpin yang beralasan begitu, kita tanyakan soalan ini, “Adakah anda telah tamatkan usia pembelajaran anda begitu awal sebelum masuk ke liang lahad sedang menuntut ilmu itu dari buaian sampai ke liang lahad? ”

Tidak perlu semua pemimpin AMANAH menjadi seperti Greenboc atau  Ust Abdul Ghani Shamsuddin, tetapi memadailah dengan ada email, ada whatsapps,  dan tahu membuka facebook dan blog-blog utama untuk mendapat maklumat segera. Kalau ada FB, twit dan blog sendiri seperti Khalid Samd, Dr.Dzulkefly Ahmad, tentu itu lebih bagus.

Dunia sudah berubah, semenjak akhir-akhir ini, program ceramah semakin kurang, kalau ada ceramah pun pendengarnya tidak seramai dahulu.

Mengapa? Tentu kerana maklumat di layar komputer lebih pantas daripada maklumat penceramah. Kadang-kadang analisis sesuatu isu di laman sesawang lebih menarik, pedas dan terkini daripada analisis yang dibuat oleh penceramah.

Google Barometer 2014 menyatakan lebih 51% pengguna di Malaysia menggunakan telefon pintar untuk mengakses internet. Tambahan lagi, 73% belia berusia 18-24 tahun menggunakan internet setiap hari. Kumpulan kedua terbanyak pula berumur 35-44 tahun sebanyak 63% pengguna. Ini menunjukkan Internet menjadi satu keperluan kepada rakyat Malaysia.

Dan bilangan pengguna Internet aktif di negara kini (awal 2016) telah melebihi 20 juta dengan 16.8 juta daripadanya aktif dalam media sosial.

Situasi sebegitu menjadi hujah kuat supaya pemimpin AMANAH perlu menguasai ICT. Bukan bermakna kalau pemimpin yang tidak tahu ICT tidak boleh menjadi pemimpin. Boleh, tiada masalah.

Cuma, dia tidak boleh memimpin parti pada zaman ini. Dia boleh menjadi pemimpin parti tahun 70 an. Kalau dia mahu menjadi pemimpin zaman ini, dia wajib menguasai ilmu ICT
.

Ini adalah ‘Wajibul Waqti’ – kewajipan semasa.

Oleh Greenboc
disadur dari tulisan asal Ust Zokarnian Abidin Al-Hafiz, Tim Pengerusi Amanah Perlis

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment