Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Turun Untuk Bulan Februari

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10 sen, 20 sen dan 25 sen mulai tengah malam Ahad.

Harga baharu bagi RON95 ialah RM1.75 seliter, manakala RON97 pada RM2.05 seliter, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia, Khairul Annuar Abdul Aziz.

“Diesel turun 25 sen kepada RM1.35 seliter,” jelasnya.

Penurunan itu dilihat susulan kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Harga runcit petrol sebelum ini ialah RM1.85 bagi RON95, RM2.25 untuk RON97 manakala diesel pula pada RM1.60.

Putrajaya menghapuskan subsidi minyak sejak 1 Disember dan menetapkan harga runcit bahan api itu setiap bulan menggunakan sistem apungan terurus.

Harga minyak mentah Brent pada awal Januari berada di tahap paling rendah dalam tempoh 12 tahun, pada hampir AS$30 setong, dan berada pada kira-kira AS$34 setong pada minggu terakhir bulan ini.

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment