Salahuddin Kesal Serangan Tidak Beretika Ke Atas Husam Musa

Selepas Datuk Husam Musa mencabar kedua-dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Takiyuddin Hassan ekoran kegagalan mereka membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen, muncul individu dipercayai penyokong tegar Pas mengaitkan serangan penyakit Bell's Palsy ke atas Husam akibat stres dan kecewa.

Selepas Datuk Husam Musa mencabar kedua-dua pemimpin tertinggi Pas iaitu Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Takiyuddin Hassan ekoran kegagalan mereka membawa usul pindaan Akta 355 ke Parlimen, muncul individu dipercayai penyokong tegar Pas mengaitkan serangan penyakit Bell's Palsy ke atas Husam akibat stres dan kecewa.

Melihatkan gejala tidak sihat itu ke atas sahabatnya, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menasihatkan supaya individu terbabit kembali kepada peringatan yang terkandung dalam al-Quran.

Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, penganut Islam diajar supaya berdoa, berziarah dan membantu mereka yang ditimpa musibah sama ada sakit, kemalangan atau berlakunya bencana umum.

“Antara maksud ayat 156 surah Al Baqarah menyuruh kita menyatakan ‘innalillahiwainnaillaihirajiuun’ apabila manusia ditimpa musibah. Nabi saw bangun memberi hormat apabila jenazah seorang yahudi diusung ke tanah perkuburan. Nabi saw tidak mengatakan laknat keatas kau wahai yahudi. Ini lah akhlak Nabi yang membawa rahmat seluruh alam.

“Ada seorang penulis blog menulis bahawa DHM terkena serangan Bell's palsy kerana kecewa, stress dan marah apabila tewas dalam pemilihan parti dan gagal kembali ke jawatan exco kerajaan negeri. Secara sinikal tujuan penulisan beliau kepada DHM ialah itu lah bala yang sepatutnya beliau terima,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Salahuddin, ramai manusia yang paling alim dan warak tidak terkecuali penjenayah yang paling kejam di dunia ini ditimpa musibah.

“Berakhlak dengan ajaran Islam adalah teras seorang Muslim yang mengaku beriman. Ada yang sakit terlantar bertahun-tahun, ditakdirkan mati dalam kemalangan yang mengerikan dan penyakit yang mengaibkan.

“Memang mudah lidah tak bertulang menjadi hakim apabila kita mendengar orang lain ditimpa musibah. Mungkin kita lupa satu hari nanti kita juga adalah jodoh pada musibah yang tertulis di Loh Mahfuz.

“Apakah perasaan kita bila kita atau anak isteri kita yang ditimpa musibah pada ketika itu menjadi bahan sindiran seperti yang dialami oleh DHM?”
soalnya yang turut difahamkan menyebut isu sama dalam satu program di Saujana Utama, Selangor malam tadi.

Mengulas lanjut pihak yang menyindir Husam ekoran serangan virus pada saraf muka yang mengakibatkan berlakunya ketidakseimbangan pada wajah itu, beliau juga mengingatkan kesenangan juga merupakan satu ujian selain musibah.

“Jangan oleh kerana kita tidak ditimpa musibah maka sambil yang lain diuji denganya maka kita didatangi perasaan angkuh lalu menganggap kita disayangi Allah dan yang ditimpa musibah tidak.

“Sekiranya begitu maka kesenangan kita merupakan musibah sebenar kerana ianya mendatangkan dosa atas sebab perasaan angkuh dan bangga diri yang dimurkai Allah,” tegasnya lagi.

Untuk rekod, Husam sebelum ini mendesak Amar yang juga Naib Presiden Pas dan Takiyuddin yang merupakan Setiausaha Agung Pas untuk bertanggungjawab berhubung isu pindaan Akta 355 di Parlimen termasuk mempertimbangkan meletak jawatan parti.


Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment