[BERGAMBAR] Banjir Landa Alor Gajah Lagi, AMANAH Gesa K'jaan Melaka Tangani Segera


Empangan banjir Durian Tunggal bawa manfaat atau bencana.

Empangan di bina adalah untuk mengawal aliran air sungai dengan baik agar tidak berlaku banjir tetapi lain pula di Durian Tunggal dan Alor gajah ini kerana banjir kerap berlaku walaupun hujan hanya beberapa jam.

Pada bulan Disember lepas seorang penduduk Encik Mohd Yusuf bin Kassim dari kampung Pulau menyatakan beliau sudah acap kali mengalami banjir sejak empangan ini di bina. Empat kali banjir besar sudah berlaku semenjak tahun 1999 hingga menyebabkan beliau dan penduduk kampong mengalami kerugian besar.

Pada hari ini berlaku banjir secara tiba-tiba walaupun hujan turun hanya beberapa jam sehingga rumah di sekitar kawasan Sungai Panchor Durian Tunggal dan di jalan Sungai Pengkalan di naiki air. Manakala di kawasan Pangkalan Alor Gajah dan Taman Seri Bayu juga mengalami banjir.


AMANAH negeri Melaka meminta kerajaan negeri agar Melaka menangani isu banjir dengan kadar segera kerana penduduk di sekitar Alor Gajah dan Durian Tunggal sudah cukup serik dengan apa yang berlaku.

Manakala Encik Nasir bin Ahmad menyatakan empangan ini sepatutnya di perbesarkan kerana kawasan empangan tidak cukup untuk menampung air jika hujan lebat turun hanya beberapa jam . Beliau juga menyatakan pada beberapa tahun lepas terdapat cadangan oleh kerajaan negeri untuk mengambil kawasan tanah beliau dan penduduk kampung tetapi di batalkan pada saat akhir. Beliau dan rakan- rakan bersedia berpindah asalkan pampasan yang di berikan setimpal dan yang paling penting isu banjir boleh di selesaikan.

Sudah tiba masanya Ketua Menteri Melaka mengambil berat di kawasan luar bandar ini dan bukan hanya mementingkan hanya di kawasan bandar. Adakah kerana pentingkan pelabur luar rakyat di kawasan kampung amnya di nafikan keselesaan hidup mereka.

AMANAH negeri Melaka meyarankan kerajaan negeri meneruskan pembesaran empangan demi menjaga kesejahteraan penduduk disekitar empangan dan sungai jika tidak penduduk terpaksa menanggung kerugian setiap kali banjir. Pelaburan untuk rakyat tidak perlu di lengahkan kerana mereka adalah aset negeri yang besar nilainya. Jangan sampai ada nyawa yang hilang barulah kita ambil tindakan.

Jauhar Mohd Dawi
Timbalan pengerusi AMANAH Melaka


173 mangsa dipindahkan ke 8 pusat pemindahan

MELAKA - Lapan pusat pemindahan dibuka di Alor Gajah dan Jasin bagi menempatkan 173 mangsa banjir daripada 46 keluarga sehingga 3 petang tadi berikutan hujan lebat, sejak petang semalam.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Melaka Lt Kol (PA) Effendy Ali berkata daripada jumlah itu 95 mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan di Alor Gajah manakala 78 mangsa di tiga pusat pemindahan di Jasin.

Beliau berkata pusat pemindahan banjir di Alor Gajah ialah Balai Raya Kampung Gadek dengan 40 mangsa, Balai Raya Bukit Balai Durian Tunggal (14 orang), Balai Raya Bukit Tambun Durian Tunggal (8 orang), Surau Taman Seri Cahaya Tebong Machap (14 orang) dan Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam (19 orang).

"Tiga pusat pemindahan yang dibuka di Jasin pula ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Bekoh (50 orang), Sekolah Kebangsaan Chohong (25 orang) dan Balai Raya Asahan (3 mangsa)," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut beliau 20 daripada mangsa yang ditempatkan di salah sebuah pusat pemindahan di Jasin merupakan pelajar sekolah tahfiz di daerah berkenaan.

Beliau berkata kesemua mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan selepas hujan lebat di kawasan mereka bermula 4 petang semalam.

Katanya, pusat pemindahan pertama dibuka di Jasin kira-kira 1 pagi.

Effendy berkata kedua-dua daerah berkenaan juga dijangka akan mengalami hujan lebat dan bilangan mangsa banjir yang dipindahkan dijangka meningkat.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya berhati-hati dan mengikut arahan pihak berkuasa sekiranya diminta berpindah.
- Bernama




Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment