AMANAH Giatkan Program Ziarah & Dekati Masyarakat Cina..


Semakin hampir perayaan Tahun Baharu Cina yang akan disambut minggu depan, beberapa AMANAH kawasan semakin giat mengadakan ziarah disamping mengagihkan buah tangan seperti limau, risalah dan lain-lain kepada masyarakat Cina di tempat masing-masing.

AMANAH Alor Gajah tidak ketinggalan mengadakan program berkenaan.

Semalam, Pengerusi AMANAH Kawasan Alor Gajah Tn Hj Safri Shafie mengiringi Naib Presiden AMANAH Nasional, Tn Hj Hassan Baharum telah menziarahi warga tionghua Alor Gajah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dan muhibbah disamping memperkenalkan "parti oren" kepada mereka.

Maklumbalas dari program ziarah berkenaan amat memberangsangkan dimana rata-rata kaum tionghua menyambut baik kedatangan AMANAH di tempat mereka.


Di Jasin pagi ini, AMANAH Jasin diketuai oleh Pengerusi AMANAH Jasin Cikgu Azrin Ab Majid bersama-sama Setiausaha AMANAH Melaaka, Tn Hj Yuhaizad ABdullah dan beberapa AJK AMANAH Jasin telah turut bersama dengan wakil DAP bagi mengagihkan limau dan risalah AMANAH di Pasar Besar Jasin.


Manakala di Kuala Linggi, Pengerusi AMANAH DUN Kuala Linggi, Ustaz Julasapiyah Kassim diiringi AWAN Linggi telah turut melakukan ziarah kaum Tionghua.

Program ziarah ini adalah salah satu program untu memasyarakatkan Parti AMANAH Negara atau ringkasnya AMANAH di kalangan rakyat khususnya di negeri Melaka ini.

Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment