Mukhriz: "Kenapa Aku Disingkirkan Sebagai MB"

Saya disingkir kerana kritik Najib isu 1MDB, RM2.6 bilion, kata Mukhriz

Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan penyingkirannya selaku menteri besar Kedah berpunca daripada kritikan lantangnya terhadap skandal membabitkan perdana menteri berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan wang derma RM2.6 bilion.

Dalam pengumuman peletakan jawatannya hari ini, Mukhriz berkata, isu-isu yang dibangkitkan tersebut merupakan alasan sebenar beliau disingkirkan.

"Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini diambil ke atas saya ialah kerana kritikan yang saya suarakan terhadap perdana menteri seperti yang beliau sendiri akui.

"Kritikan yang dimaksudkan adalah mengenai skandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion dan meningkatnya bebanan sara hidup rakyat akibat GST (cukai barang dan perkhidmatan)," katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman pagi ini. Mukhriz menyifatkan alasan yang diberikan kumpulan penentang yang mendesaknya berundur sebagai tidak berasas sama sekali.

"Tiada alasan munasabah dikemukakan mereka tersebut berkaitan kewibawaan saya dalam mentadbir negeri Kedah.

"Malah, rakyat rata-rata menerima segala inisiatif yang saya mulakan demi kesejahteraan rakyat Kedah," katanya.

Beliau juga melahirkan kekecewaaan dengan kemelut dalaman Umno yang melanda Kedah hingga mengheret pihak Istana ke kancah politik.

"Lebih dikesali, tindakan mereka itu mengheret pihak Istana ke kancah politik dalaman Umno," katanya.

Menurut Mukhriz, tindakan melepaskan jawatannya itu diambil bagi mengelak daripada kemelut berpanjangan hingga akhirnya menyukarkan hidup rakyat.

"Menjamin kesejahteraan rakyat adalah keutamaan saya.

"Bagi mengelak daripada kemelut politik ini berpanjangan, hingga menjejas pentadbiran negeri dan merugikan rakyat, maka saya mengambil pendirian membuat keputusan ini," katanya.

Hari ini, kemelut politik Kedah selesai selepas semua persoalan terjawab apabila Mukhriz sendiri mengumumkan peletakan jawatannya.

Ia berlarutan hampir dua minggu selepas sidang media diadakan Timbalan Ketua Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, persoalan mengenai menteri besar baharu menjadi misteri apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengumumkan nama yang dipersetujui walaupun sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Jemaah Diraja Kedah.

Hari ini, pihak Wisma Darul Aman juga secara rasmikan mengumumkan Ahmad Bashah menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar. -TMI


Netizen kecewa Mukhriz terpaksa lepas jawatan MB Kedah


PETALING JAYA: Pengguna media sosial melahirkan rasa kecewa susulan pengumuman Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah.

Keputusan itu terpaksa diambil ekoran beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu.

Berdasarkan pemerhatian FMT, rata-rata para pengguna alam maya menyalahkan pimpinan UMNO yang dilihat tidak telus dalam membuat percaturan hingga memaksa Mukhriz berundur dari kedudukan itu.

Antara catatan yang dimuat naik pengguna media sosial yang dipercayai penyokong Mukhriz di laman Facebook antaranya ialah:

“Malaysia dan politik kotor berpisah tiada.. kompem next PRU (pilihan raya umum) tidak ada undi dari kami sekeluarga.. bye-bye BN,” Kata salah seorang pengguna Facebook Anok Mamat.

“Puak-puak ni tak akan berdiam diri selagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir jadi MB… hanya kita rakyat Negeri Kedah mampu ajar puak ni,” kata Haslan Hassan.

“Selamat Tinggal BN,” luah Mohamad Radzi.

“Sedih tak ada mood nak buat apa pagi nie, hanya Allah je yang tahu, harap apa yang dikhabarkan pagi ini tak benar, aku tetap sokong Datuk Seri Mukhriz,.. sedih wei,” kata Zura Mus.

“Kita guling UMNO, tak ada jiwang-jwang dengan jasa-jasa UMNO yang lepas, ucap terima kasih je kat UMNO kita bergerak ke hadapan untuk melakar perubahan baru untuk masa depan yang lebih baik,” kata Asychronous Synchronous.

“PRU 14 dah boleh kuburkan BN Kedah,” kata Ahmad Tarmizi.

“Memang kecewa la, sebab beliau Kedah bangun dengan aman, last-last jadi macam ini, tak kesian ka kat berjuta rakyat Kedah nie,” kata Kamil Putra Yan.

“Tukar parti PRU nanti tobat tak pangkah BN dah,” kata Norishah Muhaidin Norish.

“Nak tungu ja, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kena letak jawatan MB Kedah Selamat tinggal UMNO/BN.” kata seorang ahli UMNO Amir Lincah yang turut memuat naik gambar beliau sambil memotong kad keahlian UMNO.

Kira-kira jam 10.15 pagi tadi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir membuat pengumuman melepaskan semua jawatan yang disandang di negeri Kedah termasuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah.

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merupakan individu yang dipilih menggantikan Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.
- FMT


Share on Google Plus

About Green Boc

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments:

Post a Comment