AMANAH Melaka Santuni Masyarakat Tionghua Sempena Tahun Baru Cina


Parti Amanah negara Negeri Melaka telah melakukan ziarah di samping mengagihkan buah limau dan risalah AMANAH kepada masyarakat tionghua di negeri ini sempena sambutan tahun baru Cina yang akan disambut Isnin hadapan.

Pengerusi AMANAH Melaka Tn Hj Adly Zahari bersama-sama Setiausaha AMANAH Melaka, Tn Hj Yuhaizad Abdullah telah memberikan hamper kepada beberapa pejabat akhbar berbahasa Cina seperti Nanyang Siang Pau, China Press, Sin Chew Jit Poh dan Guan Ming Daily.


Mengambil pendekatan untuk hidup harmoni di negara yang berbilang kaum, AMANAH Melaka mengorak langkah untuk melakukan ziarah kepada masyarakat tionghua di negeri ini.

Di Masjid Tanah, Tn Hj Mohd Yassin Ibrahim dan Tn Hj Daros Ibrahim berserta dengan Angkatan Wanita AMANAH (AWAN) Masjid Tanah telah turut menyertai program berkenaan.


Sementara di Jasin pula, AMANAH Jasin telah menyertai program Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR mengagihkan buah limau, akhbar ROKET dan risalah AMANAH kepada orangramai di Pasar Malam Taman Maju Jasin.


AMANAH Jasin sekali lagi akan mengadakan program pengagihan buah limau dan risalah AMANAH di bandar Jasin, Merlimau dan Sungai Rambai pada hari Sabtu ini 6 Februari 2016.

AMANAH Bukit Katil telah turut menjalankan program berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.
AMANAH Bukit Katil Edar Buah Limau & Kad Ucapan Tahun Baru Cina -updated

Rata-ratanya kesemua program di atas telah dapat memsyarakat AMANAH di kalangan masyakat tionghua khususnya dan telah mendapat sambutan menggalakkan dari mereka.
Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

1 comments:

  1. Are you in need of finance? we give out guarantee cash at 3% interest rate. Contact us on any kind of finance now: financialserviceoffer876@gmail.com whatsapp Number +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd

    ReplyDelete